Studio Mini LABUANfm sempena Minggu Perpaduan 2024



Diterbitkan pada 23 Mei, 2024

LABUANFM MERIAHKAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN
28/04/2024: Bersempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan dan Labuan International Sea Challenge (LISC) 2024, RTM Labuan turun padang bersama-sama memeriahkan sambutan dengan mengadakan Mini Studio atau program radio di lokasi. 
Ketua Bahagian Rancangan LabuanFM Noor Affatizah Sabtu berkata, ia merupakan peluang serampang dua mata yang direbut untuk mempromosikan program-program terbitan LabuanFM kepada pendengar dalam dan luar pulau ini.
Selain, mendekatkan penyampai-penyampai LabuanFM kepada warga Labuan khususnya dan amnya sempena LISC dan Minggu Perpaduan ini ramai pengunjunga daripada luar Labuan datang ke Labuan untuk memeriahkan lagi pada program kali ini. Kita memberi hiburan, maklumat dalam segi perpaduan dan mengeratkan hubungan pelbagai etnik dan kaum.
Tambahnya, pelbagai pengisian disediakan di Mini Studio Labuanfm antaranya ujibakat penyampai berita TV, kuiz dan tetamu-tetamu istimewa yang disiarkan secara langsung dari lokasi serta bual bicara bersama-sama YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menerusi #BicaraEksklusif di Studio Mini LABUANfm. Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peringkat Labuan dianjur oleh Kementerian Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama pelbagai rakan strategik agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).
#beslabuan
#beritalabuan

#studiominilabuanfm
#labuanfm
#mingguperpaduan
#kembaraperpaduan
#kementerianperpaduannegara