Studio Mini LABUANfm Sempena Borneo Arts Festival (BAF) 2024



Diterbitkan pada 16 Okt, 2024

28-29/09/24: Studio Mini LABUANfm sempena Borneo Arts Festival 2024 yang bertempat di perkarangan Dewan Konvensyen Ujana Kewangan berlangsung pada 28 September hingga 29 September 2024. Antara pengisian yang diadakan adalah uji bakat Penyampai Radio, permainan interaktif serta hadiah menarik dan Chit Chat BAF Studio Mini LABUANfm. Program berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian yang telah disusun atur di Ujana Kewangan Labuan.