Sinergi LABUANfm Ziarah Kasih Gong Xi Fa Cai



Diterbitkan pada 28 Feb, 2023

Jabatan Penyiaran Labuan menerusi program Sinergi LABUANfm Ziarah Kasih Gong Xi Fa Cai  turun padang menyantuni dan mendekati masyarakat tionghua sempena sambutan bulan Tahun Baharu Cina.
Program itu mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Kebajikan Warga Labuan (Mutiara Labuan) dan Anis Global Empire.
Turut disampaikan sumbangan bantuan makanan di samping persembahan tarian singa dan persembahan nyanyian artis tempatan bagi berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan penerima.
Program kali ini melibatkan tiga penerima di Kg. sungai Keling, Perumahan Murah Rancha-Rancha Kg. Batu arang dan Kg. Sungai Bangat.
Hadir sama pada program itu Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Pn Fauziah Mohd Sidek, Ketua Bahagian Siaran Pn Noor Affatizah Sabtu dan Pengerusi Pertubuhan Mutiara Labuan En. Andy Yong