RONDA - RONDA SYAWAL LABUANfm



Diterbitkan pada 08 Mei, 2023

Kemeriahan Aidilfitri turut dikongsi bersama pendengar setia LABUANfm. 3 pemenang rancangan khas Aidilfitri ‘Ronda-Ronda Syawal’ dipilih berdasarkan ucapan kreatif raya pada Ramadan lalu, menerima kunjungan kakitangan dan penyiar stesen itu.

Penerbitnya Pn. Rafeah Ibrahim berkata ia bagi menambah keceriaan sekaligus memanfaatkan semangat kebersamaan dan keterujaan Hari Raya bersama pendengar.