Program Sinergi LABUANfm: Aerodance Labuan Sihat



Diterbitkan pada 12 Nov, 2023

Bersempena penganjuran Hari Sukan Negara 2023 peringkat Labuan, Jabatan Penyiaran Labuan tidak ketinggalan turut menjayakannya dengan penganjuran Sinergi LABUANfm: Aerodance Labuan Sihat pada 14 Oktober 2023.

Pada pertandingan itu sebanyak 10 kumpulan menyertainya membabitkan kumpulan senamrobik dari Labuan. Dalam pada itu Kumpulan Zeus Athena “A” muncul juara sekaligus menerima wang tunai dan hadiah iringan. Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Kumpulan Zeus Athena “B” dan kumpulan Triplee A juga turut menerima wang tunai dan hadiah iringan. Pertandingan itu berlangsung di pentas utama sambutan Hari Sukan Negara 2023 peringkat Labuan.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan Mohammad Syahffie Japril. Selain memupuk kempen gaya hidup sihat, LABUANfm turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan segmen dan rancangan stesen radio tempatan.