PROGRAM IOW & SHOWCASE RAIKAN SYAWAL K-KOMM



Diterbitkan pada 24 Mei, 2022

Kemeriahan syawal terus dirasai dengan penganjuran majlis rumah terbuka. Radio Televisyen Malaysia (RTM) Labuan turut tidak ketinggalan mengadakan program seumpama itu menerusi ‘Showcase Raikan Syawal’ berkolaborasi bersama Jabatan Penerangan Labuan dan BERNAMA. Menurut Penerbitnya, DJ Hebrry Donny, ia bukan sahaja meraikan Hari Raya Aidilfitri, malah untuk lebih mendekatkan lagi RTM dengan masyarakat setempat khususnya peminat setia stesen ini. Penganjurannya juga memperlihat kecaknaan LABUANfm melalui tanggungjawab sosial terhadap penduduk di samping menghargai para pendengar.
Program bertemakan ‘Keluarga Malaysia’ ini dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian dan gameshow, selain Hari Bertemu Pelanggan RTM dan Info On Wheel (IOW) Jabatan Penerangan Labuan dengan disajikan pelbagai menu makanan. Majlis yang dihadiri hampir 300 tetamu ini turut dihadiri Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi kerajaan serta ketua-ketua kampung.