KEMBARA ASPIRASI MERDEKA 2023



Diterbitkan pada 14 Sep, 2023

Program Kembara Aspirasi Merdeka 2023 anjuran RTM Labuan berlangsung di Taman Botanikal Labuan bermula jam 7.30 pagi pada 31 Ogos 2023.

Padat dengan pengisian bertema Kemerdekaan. Antaranya yang baru berlangsung pelepasan peserta Eksplorasi Kembara Merdeka yang terdiri 6 pasukan yang dilepaskan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan Puan Fauziah Mohd Sidek bersama-sama penerbit program Puan Noor Affatizah Sabtu.

Turut berlangsung ialah senam sihat yang diketuai oleh Zin Tony.

Banyak lagi pengisian istimewa, justeru orang ramai dijemput hadir memeriahkan program yang dianggarkan berlangsung sehingga tengah hari ini.