
Diterbitkan pada 25 Mei, 2022
Jabatan Penyiaran Labuan menerusi LABUANfm mengadakan Program Jelajah Raikan Syawal. Kunjungan diketuai oleh Pengarah Penyiaran Labuan, Puan Aminah Samsudin Mohd serta Pengurus F&B Dorsett Grand Labuan, Michael Andin diiringi kakitangan dan pegawai RTM Labuan. Bantuan melibatkan wang tunai, barangan keperluan harian dan juadah Hari Raya. Kira-kira RM3000 jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan kepada sebuah keluarga asnaf iaitu Encik Ilham Mohd Salleh yang tinggal di Kampung Sungai Miri.