Jelajah Aspirasi Malaysia 2024



Diterbitkan pada 16 Okt, 2024

Jelajah Aspirasi Malaysia 2024: Explorace LabuanFM Semarak Hari Kebangsaan.

31/08/24: Enam pasukan berentap pada program Jelajah Aspirasi Malaysia 2024; Explorace. Pasukan PIMMAG yang dianggotai Fazli Salleh, Mohammad Hafiz Julkarnain dan Rezal Aswan Timbang muncul juara, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM900.00. Naib juara milik pasukan Serangkai Girl terdiri Fadzwatinie Abdullah, Melati Dahlan dan Sawaiah Kegoh, membawa pulang wang tunai RM600.00. Tempat ketiga pasukan Mummy Puff Girls dianggotai Andi Nur Suzan Mohd Fadir, Sarizan Sadarin dan Al-Jannahtulnur Hazizi. Mereka menerima hadiah wang tunai RM450.00. Tiga lagi pasukan Trio Rawr, Merdeka Warriors dan Finding Nemo masing-masing menerima hadiah sagu hati RM300.00. Semua peserta turut menerima hamper. Hadiah disampaikan Timbalan Pengarah Penyiaran Jabatan Penyiaran Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Fauziah Mohd Sidek bertempat di Tanjung Aru Nelayan.
#beslabuan
#beritalabuan
 

Pelepasan peserta Jelajah Aspirasi Malaysia ‘Explorace’ di sempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri WP Labuan, Fauziah Mohd Sidek di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi pagi tadi.

     

     

        

 

 

 

Perlumbaan bermula, enam pasukan menyiapkan tugasan pertama memasang khemah di Wak Kiman Camp Site.


 

 

Pit stop ketiga Tapak Memanah Kampung Sungai Labu. Setiap kumpulan menyiapkan tugasan memanah secara tradisional.

 

 

Pit stop terakhir, menumpah dan makan ambuyat di Ambuyat Semangkuk Agung, Pantai Tanjung Aru Nelayan.


 

LABUANfm mengucapkan sekalung tahniah kepada semua kumpulan kerana berjaya mengharungi dan menamatkan segala cabaran yang dihadapi.

Keputusan pertandingan seperti berikut :

PIMMAG (JOHAN)

SERANGKAI GIRL (NAIB JOHAN)

MOMMY PUFF GIRLS ( KETIGA)

FINDING NEMO (KEEMPAT)

MERDEKA WARRIORS (KELIMA)

TRIO RAWR (KEENAM)