Program Jelajah Ramadan Peringkat Labuan. Aktiviti Agihan Bubur Kepada Warga Labuan


Diterbitkan pada 03 Mɛ, 2021

Norma baharu bukan penghalang untuk berkongsi kemeriahan dan menghayati bulan Ramadan ini antara satu sama lain.
Untuk itu Jabatan Penyiaran Labuan menerusi LABUANfm mengadakan pengagihan bubur kepada warga Labuan secara pandu lalu bertempat di perkarangan LABUANfm bermula pukul 3 petang tadi.
Penerbit Program Hashimah Hassan berkata aktiviti agihan bubur itu adalah satu pengisian dalam Program Jelajah Ramadan peringkat Labuan 2021.
Terdahulu proses penyediaan bahan-bahan dan gotong-royong telah diadakan pada sebelah pagi yang turut disertai oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Aminah Samsudin Mohd dan Timbalan Pengarahnya Fauziah Mohd Sidek serta selebriti Edidih.
Segala persiapan dilakukan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
Selain Bubur Cha cha turut diagihkan Bubur Kacang dan Air Sarbat.