SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN RTM KE-75 LABUANfm


Diterbitkan pada 01 Awi, 2021

35 tahun teguh berdiri sebagai satu-satunya stesen penyiar di Labuan, RTM Labuan turut tidak ketinggalan bersama-sama menyambut Hari RTM yang ke-75 hari ini.
Disambut secara sederhana namun meriah bertempat di perkarangan Kompleks Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Labuan. 
Berucap merasmikan sambutan, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias berkata, dengan adanya teknonolgi masa kini, RTM pastinya akan sentiasa dekat dengan hati warga Malaysia. 
Selain itu katanya RTM berperanan besar dalam menyebar luas dasar kerajaan dan yakin bahawa RTM sentiasa bersedia mendepani era perubahan teknologi dalam dunia penyiaran dengan mengimbangi matlamatnya. 
Turut hadir dalam majlis sambutan Hari RTM ke 75 peringkat Labuan, Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin Mohd, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Hj. Rithuan Mohd Ismail.
Sementara itu, pelbagai pengisian disusun atur Jabatan Penyiaran Labuan sempena sambutan Hari RTM ke-75 peringkat Labuan.
Antaranya seperti pelepasan Belon Helium Gergasi yang dilakukan serentak di 15 buah lokasi seluruh negara, pelancaran logo baharu RTM Labuan, tayangan klip video lagu khas RTM serta pelancaran Setem Hari RTM ke-75. 
Selain itu, turut dilancarkan LABUANfm virtual Fun Run sejauh 7.5 kilometer, simbolik sempena 75 tahun  RTM sebagai stesen penyiar negara.