PROGRAM SINERGI LABUANfm ; NIKMAT RAMADAN DIKONGSI BERSAMA



Diterbitkan pada 23 Apr, 2021

Bertemakan Nikmat Ramadan Dikongsi Bersama, Program Sinergi LABUANfm menyantuni 2 buah Madrasah Tahfiz Al Quran Seri Merinding dan Maahad Tahfiz Al Quran Al Badr (MTAA-HAFIZ), memberikan sumbangan juadah berbuka puasa.
Program turut mendapat kerjasama Persatuan Suri Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Labuan yang juga menyampaikan barang-barang keperluan seperti penghawa dingin, kipas, bantal serta makanan.
Sumbangan disampaikan Pengarah Penyiaran Labuan, Pn. Aminah Samsudin Mohd dan Pengerusi Puspanita Labuan, Pn Dayang Monira  Mohd Yusof .