
Published on 06 May, 2025
PROGRAM RTM@RONDA-RONDA SYAWAL LABUANfm SEMPENA HARI RTM-79 DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI “TIADA YANG LAMA, TIADA YANG BAHARU”
Warga kerja RTM Labuan beraya ke rumah mantan staf RTM Labuan, Baplik Bangah.
Baplik Bangah atau lebih dikenali dengan nama Uncle Ray merupakan Jurutera otai yang bertugas di Radio Malaysia Labuan sekitar tahun 1995. Tugasannya sangat penting dalam memastikan kelancaran siaran Radio Malaysia Labuan dapat didengar di pulau ini amat penting agar segala maklumat yang dikongsikan Juruhebah bertugas dapat disampaikan kepada masyarakat Labuan khususnya. Terima kasih Uncle Ray!
Warga kerja RTM Labuan berkesempatan beraya di rumah bekas penyampai LABUANfm Pn. Salbiah Ajis atau lebih dikenali sebagai DJ Sal. DJ Sal telah memulakan tugas sebagai Juruhebah sekitar 2005 dan bersara pada November 2023.
Warga kerja RTM Labuan juga berkesempatan beraya di rumah bekas penyampai LABUANfm En. Abdullah Sani atau lebih dikenali sebagai DJ Dol. DJ Dol antara barisan Juruhebah terawal sekitar tahun 90an.
Rombongan warga kerja RTM Labuan tiba di rumah terakhir iaitu rumah Pn. Amit Hamdani atau lebih dikenali sebagai Kak Amit. Kak Amit merupakan salah seorang Selebriti Edidih (Segmen Bahasa Tempatan) dan telah menjadi tetamu jemputan di LABUANfm sejak tahun 90an. Memulakan program “Info Suri” seawal penyertaan di LABUANfm, Kak Amit antara individu yang bertanggungjawab memartabatkan etnik Brunei menerusi pelbagai pengisian siaran di LABUANfm.
#LABUANfm
#HariRaya
#SyukuriSyawal
#RTM79
#TemanSetiaAnda