Program Jelajah Ramadan peringkat Jabatan Penyiaran Negeri Wilayah Persekutuan Labuan di Masjid Al Muzakirullah Kg. Lubok Temiang. 



Published on 20 Mar, 2023

Program Jelajah Ramadan peringkat Jabatan Penyiaran Negeri Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan hari ini di Masjid Al Muzakirullah Kg. Lubok Temiang. 
Program diisi aktiviti gotong-royong membersihkan masjid melibatkan warga kampung Lubok Temiang, kakitangan LABUANfm dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan 
sebagai persiapan menjelang ketibaan bulan Ramadan tahun ini. 
Turut disampaikan bantuan MAIWP berupa keperluan barangan dapur kepada 30 asnaf kampung berkenaan. 
Program dihadiri Pengurus MAIWP Labuan Md Fadzli Md Saad, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Hj. Jakiah Awang dan Penerbit Program En Rastwin Stia.