PROGRAM JELAJAH KAMI PRIHATIN



Published on 17 Jun, 2022

PROGRAM JELAJAH KAMI PRIHATIN

Mencari rezeki sebagai nelayan sepenuh masa bukan penghalang seorang bapa tunggal memelihara dan menangung kehidupan empat orang anaknya yang masih bersekolah.Dengan kehidupan sedemikian, En. Ramli Ahmad 52 tahun disantuni warga Jabatan Penyiaran Labuan menerusi Program Jelajah Kami Prihatin dengan menyampaikan sumbangan kepada keluarga berkenaan.

En. Ramli berkata sumbangan yang diberikan itu sedikit sebanyak membantu meringankan kehidupan yang ditanggung bersama keluarganya selepas kehilangan isterinya yang meninggal dunia pada tahun 2018.

Penerbit Program Jelajah Kami Prihatin, Pn. Rafeah Ibrahim memberitahu program itu menunjukkan kecaknaan LABUANfm melalui aktiviti tanggungjawab sosial terhadap masyarakat setempat.

Dalam pada itu, penerima bantuan berkenaan menerima sumbangan wang tunai RM1,000 tajaan daripada QSR Brands dan barangan keperluan harian. Selain itu, LSE merupakan rakan strategik yang diwakili Pengurus Komunikasi Korporatnya Cik Zyee Faiezah Dullie turut menyampaikan sumbangan berupa sebuah mesin basuh dan dapur gas.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Pn. Fauziah Mohd Sidek dan Ketua Bahagian Rancangan Pn. Noor Affatizah Sabtu.