Persiapan Ramadan : Konsep program Jelajah Ramadan peringkat Jabatan Penyiaran Negeri Wilayah Persekutuan Labuan. 



Published on 20 Mar, 2023

Persiapan Ramadan : Konsep program Jelajah Ramadan peringkat Jabatan Penyiaran Negeri Wilayah Persekutuan Labuan. 
Timbalan Pengarahnya Pn. Fauziah Mohd Sidek berkata, kurang beberapa hari sebelum bulan mulia itu; kakitangan LABUANfm dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan bersama-sama kariah masjid telah bergotong-royong membersihkan persekitaran tiga masjid terpilih di Labuan. Beliau berkata demikian dalam ucapan penutupan program peringkat Labuan di Masjid Kg Sg Bedaun. Turut disampaikan bantuan barangan dapur sumbangan MAIWP kepada 30 asnaf kampung berkenaan. Wanita asnaf turut dilibat sama, dalam kelas pembuatan roti MAIWP & Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL).