LABUANfm MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA


Diterbitkan pada 20 Awi, 2022

 

LABUANfm menyantuni seramai 18 pelajar dari Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam (MAIWP) Labuan dalam satu majlis berbuka puasa.

Ia menerusi Program LABUANfm Menyantuni Anak-Anak Yatim bertempat di perkarangan Pejabat Jabatan Penyiaran Labuan.
Para pelajar tersebut turut diberi sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Penyiaran Radio (PPR) Angkasapuri, Pn. Fairuz Mohd. Radzi.
Ternyata jelas terpancar kegembiraan di wajah anak-anak yatim ini  untuk merasai kemeriahan syawal yang bakal tiba.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Pn. Aminah Samsudin Mohd.  
Program diimarahkan dengan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah selain tazkirah ramadan.