Tuesday, November 21, 2017

GENERASIKU DI PDK LABUAN

Generasiku adalah sebuah program di lokasi yang melibatkan murid dari sekolah rendah dan menengah yang terpilih sekitar WP Labuan. ia bertujuan untuk merakyatkan kakitangan RTM dengan pihak sekolah dan pelajar. Selain itu, program ini juga bertujuan menjana idea kreatif dan seterusnya membina masyarakat prihatin, cemerlang, gemilang, terbilang menerusi pengisian yang di susun atur.

Penerbit program, puan Salbiah Ajis telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau dan membawa 30 pelajar terpilih diiringi lima orang guru sekolah untuk membuat lawatan sambil belajar di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK LABUAN). Program ini telah dijalankan pada 15 ogos 2017. 

pelajar telah diberikan tugasan gotong royong di kawasan PDK Labuan. Aktiviti menarik seperti sesi soal jawab dan kuiz dalam kalangan pelajar dan warga PDK Labuan turut memeriahkan lagi program ini.

 20799183 1673464076020323 6435873101567927195 n

20799546 1673464176020313 319567528912164563 n

20840937 1524213200973193 2180271767017111981 n

20841840 1524213260973187 3702071609764285716 n

20883006 1524214100973103 8941417797808549251 n  

 

GENERASIKU DI UMSKAL

RTM Labuan sekali lagi mengadakan program Generasiku pada 22 ogos 2017 di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Penerbit program, Godfrey Lee telah memilih Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun dan Sekolah Kebangsaan Membedai untuk membuat lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Masing-masing terdiri daripada 20 orang pelajar dan diiringi 3 orang guru sekolah tersebut. Program dimeriahkan lagi dengan sesi aktiviti dan soalan kuiz dalam kalangan pelajar sekolah.

FB IMG 1503994214119

FB IMG 1503994207435

FB IMG 1503994199474

FB IMG 1503994189437

 

GENERASIKU DI PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS  (PAWE)

RTM Labuan mengadakan program Generasiku  di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) pada 29 Ogos 2017 yang lalu. Penerbit program, Harjay Wandy Jack telah memilih Sekolah Kebangsaan Pantai dan Sekolah Kebangsaan ST. Anne untuk mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke PAWE. Selain itu, program kali ini turut dimeriahkan dengan aktiviti memasang bendera di dalam dan luar kawasan PAWE dan persembahan gambus daripada kumpulan Sri Gambus Kedayan W.P Labuan. Masing-masing terdiri daripada 20 orang pelajar dan diiringi 3 orang guru sekolah tersebut. Program juga diisi dengan sesi soal jawab soalan kuiz. Melalui program ini, para pelajar dapat berkenalan dengan warga emas di PAWE sekaligus berkenalan dengan warga kerja RTM Labuan.

IMG 20170829 WA0017

IMG 20170829 WA0018

IMG 20170829 WA0025

IMG 20170829 WA0026

IMG 20170829 WA0027

Downloadhttp://bigtheme.net/joomla Joomla Templates