Tuesday, September 19, 2017

Pertandingan mencipta lagi 2013 ini diadakan bagi memberi peluang kepada pencinta muzik dan lagu untuk menghasilkan lagu-lagu ciptaan yang beridentitikan W.P Labuan. Ini kerana tidak ramai penulis dan pencipta lagu yang lahir dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Selain itu pertandingan ini juga turut menampilkan penyanyi tempatan yang mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan samaada amatur atau profesional yang berumur 15 tahun ke atas. apa yang menarik,  lagu yang telah dihasilkan oleh peserta mempunyai elemen yang berbeza seperti genre lagu irama komersil atau pop kontemporari, jazz, rock, hip-hop dan banyak lagi. terdapat juga peserta yang menghasilkan lagu dengan menggunakan alat muzik tradisional dan moden. 

Pengadil dan hakim terdiri daripada pengadil profesional iaitu yang berbahagia Datuk Mokhzani Ismail (pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM), Encik Asmin Mudin (pencipta lagu), Encik Japar Jungki (Dewan Bhasa dan Pustaka), En Adnan Abu Hassan (Pencipta lagu), En Eddie Hamid (pencipta dan penyanyi). Setiap penyertaan telah melalui proses penghakiman oleh juri profesional yang telah dilantik untuk memilih 8 lagu terbaik. penghakiman adalah berdasarkan kepada kualiti lagu dan lirik lagu, susunan muzik dan senikata lagu. penilaian juga diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan menepati konsep serta mampu menarik minat semua golongan. 

Seramai 8 peserta telah berjaya ke peringkat akhir dan mereka telah berentap secara LANGSUNG di Dewan Konvokesyen Ujana Kewangan Labuan padda 11 mei 2013.

62373 533041863395889 478322316 n

945289 577495412283867 1405015079 n

294854 582798678420207 223282931 n

255430 583827521650656 1365345532 n

Barisan para juri profesional

198307 578695328830542 2015179139 n   485488 578695595497182 1875720583 n

 

Downloadhttp://bigtheme.net/joomla Joomla Templates