Tuesday, September 19, 2017

KONSERT KAGENDA ROCK 2014

 

Radio Malaysia LABUANfm merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat serta perkembangan semasa ingin mengambil peluang untuk membantu serta meringankan beban penghidap penyakit kronik dan orang kurang upaya. sehubungan itu, RTM labuan telah mengadakan satu program KONSERT AMAL LAGENDA ROCK. Konsert ini dilaksanakan selama 3 jam bermula pukul 8 malam hingga 11 malam dengan persembahan secara terus menerus dan telah diselitkan dengan penyerahan mock checque oleh Timbalan Pengarah Penyiaran Labuan kepada wakil tabung berkenaan dengan disaksikan oleh Ahli Parlimen Labuan.

Seramai 8 orang artis telah dijemput untuk membuat persembahan. antaranya ialah Ejam (EYE), Poey (STING), Thia (Jinbara), Nadia, Ashed (Def Gab C), Baggio (Damasutra), Jatt (Black Dog Bone), Joey (Bumiputra Rockers). Setiap artis menyampai 3 buah lagu dan di pengakhiran konsert, semua artis menyanyikan lagu rangkaian medley 8 lagu.

10001575 868204516546287 5288773553063436021 n

10362821 868204563212949 915763046562869801 o

Downloadhttp://bigtheme.net/joomla Joomla Templates