Tuesday, November 21, 2017

KARNIVAL RAKYAT

 

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun 2015, Jabatan Penyiaran Labuan bersama Majlis Keselamatan Negara dan gabungan Belia Kampung Pohon Batu (GAPOBA) mengambil inisiatif untuk menganjurkan program bersama yang dinamakan KARNIVAL RAKYAT. Program ini telah diadakan pada 1 Februari 2015 di Padang Majal, Kg Pohon Batu. Program ini bertujuan untuk memeriahkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Melalui program ini juga Warga RTM Labuan dapat mengeratkan silaturrahim seluruh warga Labuan dan mewujudkan kemesraan keluarga. Program ini juga merupakan pendekatan baik untuk mengadakan program bersama agensi kerajaan yang lain termasuk persatuan dan badan bukan kerajaan. 

Terdapat banyak pengisian program ini antaranya :

- Larian Sihat 1Famili

- Cabaran Memancing Pesisir Pantai

- Konsert Santai Hari Wilayah

- Teratak DJ

- Pertandingan Selfie/Welfie 'Wilayahku Ceria'

- Pameran dan saringan kesihatan

- Pertandingan Mewarna

- Pameran & Jualan.

- cabutan bertuah.

Selain itu, terdapat juga persembahan nyanyian Adrian & Zurin ( Bintang Kecil), Ridz (Bintang Remaja), Chia (Bintang RTM) dan Alimah (Bintang Klasik).

 

1464642 827021044025749 3029907996475801193 n

10486052 927850927248312 9169926937288858020 n

Downloadhttp://bigtheme.net/joomla Joomla Templates