Tuesday, November 21, 2017

 

IMG 20151130 WA0033

JUARA vs JUARA 2015


Program Juara vs Juara yang buat julung kalinya diadakan merupakan program hiburan yang menghimpunkan semua Juara dalam pertandingan lagu-lagu anjuran RTM. Seramai 30 peserta terpilih dalam pusingan awal dan hanya 8 peserta yang layak ke Peringkat Akhir pada 5 Disember 2015, bertempat di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan mulai pukul 8.00 malam.

JUARA JUARA1JUARA2

Johan disandang oleh SHEEDA yang mendendangkan lagu Berdiam Saja berjaya membawa pulang RM3,000.00, Naib Johan JUEN dengan lagu Sampai Mati membawa pulang RM2,000.00 dan Tempat Ke-3 ADRYN dengan lagu Pelangi Petang membawa pulang RM1,000.00.

Hadiah Khas Juri pula dirangkul oleh ADRYN, Vokal Terbaik SHEEDA dan Persembahan Terbaik SHAM. Juri terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail, Fauzi Marzuki, Johari Teh dan Helen Yap.

JUARA3

JUARA5

JUARA4

Downloadhttp://bigtheme.net/joomla Joomla Templates