Tuesday, November 21, 2017

 

logolbn

 

SEJARAH RADIO MALAYSIA LABUANfm

 

Radio Malaysia Labuanfm yang ditubuhkan pada 31 Ogos 1986 terletak di kawasan seluas hampir 3.19 hektar di Jalan Tanjung Taras.

Pada awal penubuhannya, stesen ini hanya beroperasi disebuah rumah kerajaan lama dengan mengubahsuai kontena sebagai studio.

Dengan tenaga kerja yang terhad ketika itu dan masa siarannya yang hanya 5 jam sehari namun ia mampu menggamit pendengar untuk mengikuti siarannya.

Siaran Radio Malaysia Labuan ketika itu boleh diikuti menerusi gelombang FM Stereo 102.9 MHz.

 

Bermula 1 januari 1994, waktu siarannya mula bertambah dari 5 jam menjadi 11 jam sehari dengan pengisian 1 jam Bahasa Inggeris. Pelbagai pengisian rancangan dimuatkan dalam siarannya. Ketika itu juga frekuensinya ditukar kepada 103.7 MHz.

1 Julai 1996 pula, bermulalah detik baru dalam Jabatan Penyiaran labuan yang mana bangunan barunya mula beroperasi dan masa siarannya juga bertambah kepada 14 jam 15 minit. 

Siaran Radio Malaysia Labuanfm kini boleh didengar menerusi frekuensi 103.7 MHz dan 89.4 MHz serta melalui internet di  Radiomalaysialabuanfm.rtm.gov.my atau facebook Radio Malaysia Labuanfm

Beberapa program yang telah menjadikan Labuanfm terus dikenali dan diminati, antaranya Karnival Rakyat, Konsert GALA, Fiesta Menyuluh, Bintang-Bintang dan salah satu program yang menjadi kebanggaan warga tempatan ialah Eh dih….dih Badudun Kitani…

 Kini, melangkah ke usia matang dan telah menyambut Jubli Perak penubuhannya tahun 2011,dan kini Radio Malaysia, Labuanfm semakin gah di udara dengan usia lebih 30 tahun dengan pelbagai pembaharuan dan perubahan. Sekarang Labuanfm bersiaran selamat 12 jam sehari bermula 7 pagi sehingga 7 malam dan dimuatkan dengan pelbagai pengisian termasuklah siaran Bahasa Tempatan dan Bahasa Inggeris

Radio Malaysia Labuanfm semakin menyerlah dengan program di lokasi yang diadakan setiap tahun. Selaras dengan Konsep ‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’. Matlamatnya kini, bukan hanya  memperhebat program menerusi corong radio malah turun ke peringkat akar umbi untuk mendekati rakyat.

 10606008 771247482936439 1165221001843442397 n

10629574 768241866570334 4300725976089210205 n

 

Downloadhttp://bigtheme.net/joomla Joomla Templates