Eksklusif Bersama...

Isnin-Khamis / 10 pagi-11 pagi, kami sajikan anda temu bual kami bersama tetamu yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan. Banyak topik hangat yang kami bicarakan seperti topik mengenai kesihatan, keselamatan, pembangunan, ekonomi, kebajikan dan sosial, sukan, maklumat semasa serta banyak lagi.

Salam Pa'adin

Mahu membuat ucapan pagi? ataupun tujukan lagu? bersama kami di Salam Pa'adian, 8 pagi-9 pagi dimana dedikasi boleh dibuat melalui facebook LABUANfm.

Pilihan Lagu

Pilihan Lagu dalam Segmen Variasi bersama Dj anda akan ke udara setiap Isnin - Jumaat dari jam 11 pagi hingga 2 petang dengan lagu-lagu hit tempatan dan antarabangsa. Semuanya dimainkan atas permintaan anda!

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Dengarkan koleksi lagu-lagu dari era 50-an sehingga awal tahun 2000, sedutan-sedutan daripada filem nostalgia dan perkongsian info artis dalam segmen Kenangan Lalu Mengusik Jiwa(KLMJ). Setiap Isnin hingga Khamis, pukul 2 petang, hanya di LABUANfm suara pesisir anda.

E Di Dih

'EDIDIH' merupakan sebuah rancangan santai dan menghiburkan yang bersiaran menggunakan bahasa tempatan. Bersiaran setiap hari di LABUANfm dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang.

Menggunakan tema "EDIDIH-HARI HARI ADA, BILANG HAIE ADA", rancangan ini memartabatkan Bahasa Melayu Barunai dan Bahasa Melayu Kadayan agar terus terpelihara.

Bukan hanya berisaran di radio, rancangan radio di lokasi turut diadakan setiap tahun (EDIDIH BEDUDUN KITANI).

Segmen 'EDIDIH' :
ISNIN - DANGAR-DANGAR KITANI DAULU.
SELASA - APA UJA KITA / APANYA KITANI
RABU - SAMPAIKAN SALAM / BADINDANG RIA
KHAMIS - HABAR BERITA / TAKA TAKI TAGO TAGOAN
JUMAAT - PARAMBAHAN DAN BAHASA

Nurani

Bersama DJ anda dalam segmen Nurani yang bersiaran pada 6 petang -7 malam setiap hari di LABUANfm.