Program RTM Cakna Komuniti Sinergi LABUANfm 'HiPicking' Geopark Tanjung Batu



Published on 27 Mar, 2021

Program RTM Cakna Komuniti Sinergi LABUANfm 'HiPicking' Geopark Tanjung Batu dengan kerjasama Kumpulan Eco Alfa Go SMK Mutiara, Tourism Malaysia, Muzium Labuan dan Tiara Labuan Hotel.

Program ini bersempena sambutan Hari RTM ke-75 dan dilaksanakan bertujuan untuk menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan menjaga alam sekitar kepada komuniti.

Selain itu juga sebagai inisiatif mempromosikan lokasi program sebagai tempat beriadah di samping mengamalkan ‘flogging culture’ iaitu bersiar-siar sambil mengutip sampah. 

Sampah yang berjaya dikumpul seberat 553kg. Program dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Pn.Aminah Samsudin Mohd.