Usaha membendung penularan wabak COVID-19 di Labuan, Jabatan Kesihatan mengembleng tenaga bersama Jabatan Penerangan, terus mengambil inisiatif membuat hebahan kesihatan ke setiap pelusuk wilayah itu. Tidak ketinggalan, Jabatan Penyiaran Labuan turut menyertai program berkenaan.

Memasuki hari ke-8 Perintah Kawalan Pergerakkan, jabatan terlibat giat menjalankan hebahan di seluruh kawasan kampung. Ia bagi mendekati warga Labuan, agar mereka lebih memahami mengenai wabak yang sedang melanda negara ketika ini, selain tidak panik apabila mendengar berita tidak sahih.

Warga Labuan, En. Marjuki Saji dan En. Jamil Wali yang ditemui Pemberita RTM ketika hebahan dijalankan memuji inisiatif seperti ini kerana ianya amat berguna kepada mereka. Diharap melalui pelaksanaan yang berterusan maklumat disalurkan ini, dapat memutuskan rantaian virus Covid-19, agar keadaan negara kembali stabil.