Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna  mengumumkan penyediaan kertas kerja subsidi petrol bersasar kini dalam fasa akhir.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dalam fasa akhir ini, data-data kumpulan sasar yang dikenalpasti sedang di silang semak untuk memastikan mereka yang benar-benar layak akan dapat untuk menerima subsidi petrol.

Tambahnya, pihaknya melakukan proses tersebut melalui silang semak pelbagai data dari bantuan sara hidup, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan rujukan akaun kepada Bank Negara Malaysia

Dalam Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada November tahun lepas, pemilik kereta berkapasiti enjin seribu 500cc dan motosikal berkapasiti enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Menerusi mekanisme subsidi itu, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.