Kesibukan ekoran cuti serentak Hari Raya Aidil Adha dan Cuti Penggal Persekolahan, menimbulkan ketidakpuasan hati orang ramai yang terkandas, kerana kesemua 4-buah feri laluan destinasi Labuan-Menumbok, mempamerkan notis ‘Tiket Kenderaan dan Penumpang Penuh’.

Situasi ini berikutan penguatkuasaan tegas bagi pematuhan had penumpang pada standard keselamatan, yang ditetapkan Jabatan Laut, Februari lepas.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Pengarah Jabatan Laut Labuan, Mohd. Hisham Ali, pihaknya menghadkan jumlah penumpang dan kenderaan bagi sesebuah feri, disebabkan faktor keselamatan penumpang dan juga kru kapal.

Sementara itu, rata rata penumpang berharap, jadual pelayaran feri ditambah dan perlu penambahbaikan sistem bagi ‘waiting list’ kenderaan, untuk memudahkan orang ramai pulang ke kampung halaman, khususnya pada musim cuti.

Antara yang ditemui Pemberita RTM, ketika tinjauan dilakukan di Terminal feri kenderaan iaitu Pn. Darna Dullah dan Jason J-Y Yamson, seterusnya Ayu-rati Haber yang merupakan pekerja kaunter tiket feri.

Untuk rekod, Labuan mempunyai 4-buah feri beroperasi bagi destinasi laluan Labuan-Menumbok; iaitu Feri Kimanis 1, Putrajaya, Goodwill Star dan Feri Galaxy, yang secara amnya boleh membawa 50 hingga 100 buah kenderaan, manakala 250 hingga 400 lagi untuk penumpang, bagi setiap perjalanan.