Di kala kegusaran melanda berikutan penularan wabak Covid-19, warga Labuan dinasihatkan agar sentiasa berhati hati, dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengakibatkan kebakaran.

Ia berikutan kebakaran hutan yang berlaku di sekitar kawasan pejabat Jabatan Penyiaran Labuan, dan Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Labuan. 8-anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Jawa, mengambil masa hampir 3-jam untuk memadamkan kebakaran, yang berlaku melibatkan kawasan hutan dan gambut seluas 0.2 –hektar.

Menurut Pegawai Bomba Kanan 2, Irwan Sinan yang mengetuai operasi pemadaman api berkata, kebakaran disyaki berpunca daripada pembakaran terbuka, dan cuaca panas. Seterusnya, api merebak ke kawasan sekitar, berikutan keadaan angin yang agak kencang ketika itu. Beliau berkata demikian kepada Pemberita RTM, selepas proses pemadaman api selesai.