Pengaruh kawan dan ketagihan dadah antara punca penghuni Pusat Koreksional Labuan terjebak dengan jenayah.

Walau bagaimanapun, tembok penjara ini diharap mampu menginsafkan penghuninya daripada terus terjebak dan mengulangi kesalahan yang sama. Bertemu dengan ahli keluarga sempena Hari Raya Aidiladha merupakan kesempatan untuk mereka memupuk kembali ikatan kekeluargaan.

Bukan mudah untuk keluarga yang datang dari jauh, namun demi sokongan moral untuk berubah, peluang yang diberikan tidak sepatutnya disia-siakan. Timbalan Penguasa Penjara, Shamlin Mohd Tuali berkata, kesempatan itu memberi seribu kegembiraan apabila dapat berjumpa dan berbual, seterusnya mengubat kesedihan dan rindu mereka. Pusat ini kini menempatkan seramai 663 penghuni.