6 individu dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, di sekitar bandar Labuan.

Superintenden Muhamad Farid Ahmad berkata, dalam operasi itu, 5-lelaki dan seorang wanita tempatan, masing-masing berumur lingkungan 23 hingga 36 tahun, dikenakan kompaun di 6-lokasi yang berbeza atas kesalahan tidak memakai pelitup separuh muka.

Menurut beliau, kesemua individu tersebut dikenakan kompaun 1 ribu ringgit setiap seorang.

Tambahnya, Operasi bersepadu yang dilakukan melibatkan 30 orang pegawai dan anggota daripada PDRM, ATM, RELA dan Penguatkuasa Perbadanan Labuan.

Operasi itu memfokuskan seluruh kawasan di Labuan dengan melakukan pemantauan dan pemeriksaan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), seterusnya mengeluarkan kompaun terhadap individu yang gagal mematuhinya.

Sebanyak 48 premis telah diperiksa dan pihak polis akan terus melaksanakan Op Bersepadu itu bagi membendung penularan COVID-19 di pulau ini.