Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari memaklumkan, kes baharu itu melibatkan 3 kes import dan 5 kes lagi penularan tempatan.

Beliau berkata, kes import itu membabitkan seorang warganegara Filipina (59 Tahun) tiba di Labuan melalui Kuala Lumpur.

Individu itu telah dikuarantin selama 14 hari di Kuala Lumpur dan didapati negatif, namun apabila disaring setibanya di Labuan, ujian itu menunjukkan positif dan pesakit itu telah dirawat di Hospital Labuan.

Selain itu, seorang lagi warganegara Filipina (36 Tahun) didapati positif setelah menjalani ujian saringan di pintu masuk setelah tiba dari Sabah.

Manakala kes ke 3, melibatkan wanita tempatan (27 tahun) juga melalui saringan ujian di pintu masuk, juga tiba dari Sabah.

Dalam pada itu, 5 kes tempatan itu membabitkan 3 adik-beradik berumur 11 hingga 18 tahun, didapati positif setelah menjalani ujian kontak rapat daripada kes positif yang di rawat di Hospital Labuan.

Di samping itu, 2 kes lagi membabitkan seorang wanita (29 tahun) dan lelaki (37 tahun) juga didapati positif daripada kontak rapat pesakit positif di Hospital Labuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Ismuni memberitahu, 49 pesakit kes positif COVID 19 telah dirawat di Hospital Labuan.

Daripada jumlah itu, 47 pesakit itu berada dalam keadaan stabil, manakala 2 pesakit lagi telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan jumlah kemasukkan individu semalam ke Labuan melalui perjalanan udara dan laut seramai 627 orang.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah disaring sehingga semalam seramai 16 ribu 394 orang. Tambah beliau, berdasarkan pendaftaran dalam sistem pensampelan kebangsaan, seramai 14 ribu 145 sampel telah diambil.

Daripada jumlah itu, lebih 11 ribu telah menerima keputusan ujian saringan, manakal lebih 2 ribu lagi menunggu keputusan ujian itu. Beliau berkata demikian dalam segmen Roger-Roger LabuanFM pagi tadi.