Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Labuan bermula 17 hingga 30 Oktober ini.

Ini dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yakkob dalam sidang media khas, petang tadi.

Beliau berkata, persetujuan itu dimuktamadkan dalam sidang mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tambah beliau, aktiviti berkaitan ekonomi berjalan seperti biasa, namun perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan di bawah PKPB.

Selain itu, rentas negeri tidak dibenarkan kecuali perkara-perkara kecemasan yang yang perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

Di samping itu, pekerja-pekerja di sektor kerajaan, swasta dan persendirian dibenarkan, tanpa mengemukakan pas atau surat pelepasan daripada majikan.

Semua sektor aktiviti berkaitan ekonomi industri dan kilang berjalan seperti biasa.

Perkhidmatan pengangkutan air melibatkan feri Ro Ro, Feri Ekspress, bot laju dibenarkan beroperasi bermula dari jam 6 pagi hingga 6 petang, manakala lapangan terbang dibuka seperti biasa.

Namun demikian, pengoperasian kapal kokpit yang melibatkan “Barter Trade” tidak dibenarkan dari luar negara.

Walaubagaimanpun, setiap isi rumah hanya dibenarkan 2 orang sahaja untuk keluar membeli barang keperluan.