Pengambilan pelajar baharu tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan bagi sesi 2021, telah dibuka sehingga 25 Oktober ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MAIWP Labuan, syarat kelayakan, calon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, kemasukan akan dinilai berdasarkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR), serta memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang www.MAIWP.gov.my sebelum 25 Oktober ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk ke laman rasmi MAIWP atau MAIWP Labuan.