Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan memaklumkan kaunter hasil jabatan itu akan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari.

Penjadualan pengoperasian itu bermula semalam, susulan waktu operasi bank telah dipendekkan.

Menurut jabatan itu, sebarang perubahan operasi kaunter kutipan hasil jabatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.