Seramai 392 individu yang masuk ke Labuan, melalui laluan udara dan laut, semalam.

Dr. Ismuni memaklumkan, sejak 20 September hingga semalam, seramai 15 ribu 797 jumlah kemasukkan individu ke pulau ini.

Selain itu, dari 27 September hingga 13 Oktober, sebanyak 13 ribu 966 sampel telah diambil, 11 ribu 57 sampel telah menerima keputusan ujian saringan, manakala 2 ribu 909 sampel masih lagi menunggu keputusan yang telah dihantar di 2 pusat makmal ujian di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan kluster tempatan, beliau memberitahu bahawa pertambahan 1 kes baharu bagi kluster Bah Bangat, yang menjadikan kes keseluruhan sebanyak 10 kes.

Sebanyak 803 individu telah disaring dan daripada jumlah itu, 685 masih lagi menunggu keputusan saringan.

Bagi Kluster Bah Bundle, pertambahan 1 kes menjadikan 6 kes keseluruhannya, dan sebanyak 489 individu telah disaring, namun 339 sampel masih menunggu keputusan ujian saringan.