Dalam perkembangan berkaitan, semalam mencatatkan 19 kes positif COVD-19 di Labuan, menjadikan keseluruhannya sebanyak 78 kes.

Kes baharu itu merupakan jumlah tertinggi dicatatkan di Wilayah ini, sejak kes positif direkodkan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Boharu berkata, daripada jumlah baharu itu, 1 kes membabitkan kes import dari luar negara melibatkan seorang lelaki (37 tahun) yang merupakan pekerja perkhidmatan yang tiba di Lapangan Terbang Labuan dari Kuala Lumpur.

Selain itu, 3 kes penularan dalaman melibatkan 2 kluster sedia ada iaitu Bah Bundle (1 kes) dan Bah Bangat (1 kes), serta 1 kes lagi daripada saringan kontak kes positif membabitkan seorang wanita (27 tahun).

Tambah beliau, 6 kes lain melibatkan 4 lelaki dan 2 wanita yang didapati positif apabila saringan dibuat di pintu masuk setelah pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah.

Manakala, 9 kes lagi membabitkan kakitangan kesihatan setelah menjalani saringan ujian kesihatan kali ke 3 dibuat ke atas mereka.

Dr. Ismuni memaklumkan bahawa kakitangannya perlu menjalani ujian yang sangat ketat dengan melakukan ujian dalam seminggu atau 2 minggu sekali, berikutan mereka terdedah dengan orang awam yang berisiko.

Beliau berkata demikian, dalam segmen Roger-Roger LabuanFM pagi tadi.

Sementara itu, dalam perkembangan pesakit yang dirawat di Hospital Labuan, sebanyak 44 kes positif menjalani rawatan membabitkan 29 kes import, serta 15 kes membabitkan penularan tempatan.

Daripada jumlah itu, 43 pesakit berada dalam keadaan stabil, manakala seorang lagi masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan memerlukan bantuan peralatan pernafasan.

Dalam pada itu, Dr. Ismuni Bohari menjelaskan berkaitan 9 kakitangannya didapati positif COVID 19, ia tidak menganggu operasi sedia ada yang dilaksanakan oleh Jabatannnya dalam menangani penularan wabak itu.

Tambahnya, beliau tidak boleh menghalang kakitanganya untuk pulang melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih.

Namun demikian, beliau telah membuat perancangan yang teliti bagi menghadapi kemungkinan yang berlaku seperti berlakunya kes positif dalam kalangan anggotanya.

Oleh itu, beliau melaksanakan pendekatan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat kerana pendedahan yang sangat tinggi serta melakukan ujian yang kerap ke atas kakitangannya.