Labuan masih kekal berada di Zon Kuning walaupun mencatatkan 44 kes masih aktif COVID 19.

Ia dinyatakan Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari.

Beliau berkata, penentuan status zon itu berdasarkan penularan tempatan.

Ini kerana penularan kes tempatan hanya membabitkan 15 kes, manakala selebihnya kes import kategori A dan B.

Katanya, kes positif itu diklasifikasikan kepada 3 kategori iaitu kes import dari luar negara, kes import dalam negara melibatkan penularan antara negeri-negeri serta yang ketiga adalah kes penularan tempatan.

Oleh itu, Labuan masih dalam kategori zon kuning dan bukan zon merah seperti andaian yang dibuat oleh sesetengah pihak yang tular melalui aplikasi media sosial.

Justeru, beliau menyarankan kepada warga Labuan untuk tidak panik dan tidak membuat pembelian panik bagi mengelak keadaan tidak terkawal.