Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyarankan agar permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, dibuat secara dalam talian.

Ini terutamanya bagi pemohon yang berada di dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ia bagi memastikan rantaian penularan wabak COVID 19 dapat diputuskan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk soalan lazim yang telah dimuat naik di portal rasmi, bpn.hasil.gov.my

Permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

Manakala penerima sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula, sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini.

Sebarang pertanyaan, boleh dimajukan kepda LHDN melalui Hasil Care Line, 03 – 8911 1000.