Asian Supply Base (ASB) Sdn Bhd, membuka peluang pelaburan perniagaan melalui usahasama dengan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Persendirian, dalam mempelbagaikan bidang perniagaan yang berpotensi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, En. Noor Halim Zaini berkata, beliau komited meneruskan legasi kelestarian ke arah produktiviti, menerusi sistem perkhidmatan yang sedia ada, dengan pelaksanaan transformasi digital.

Katanya, ASB menawarkan perkhidmatan yang fleksibel dan bersepadu, bagi membantu kelancaran pelan perniagaan yang memberikan manfaat potensi dan peluang perniagaan dalam industri minyak dan gas, terutamanya di perairan Sabah.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Media, di Labuan.

Dalam pada itu, beliau yang menggantikan Datuk Harris Annuar Tan, yang bersara wajib pada 22 September lepas, memaklumkan akan meningkatkan kecekapan produktiviti syarikat dengan meminimumkan kos operasi.

ASB Sdn. Bhd., merupakan anak syarikat milik penuh kerajaan Negeri Sabah, melalui Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd.

Seramai 1 ribu 200 orang tenaga kerja yang bekerja di syarikat korporat itu.