Seorang penjawat awam berpangkat pegawai kanan, menghadapi pertuduhan pecah amanah, di Mahkamah Majistret Labuan, membabitkan wang berjumlah RM33 245.

Bagi pertuduhan tersebut, lelaki berumur 40 tahun itu, dituduh melakukan kesalahan melibatkan pembayaran penyelenggaraan peralatan keselamatan, sekitar Januari hingga Disember 2009.

Mengikut fakta kes, tertuduh sebagai penerima wang kutipan hasil pembayaran dalam urusan pemeriksaan pemadam api, disyaki menyalahgunakan kuasanya dengan melakukan pecah amanah.

Pendaftar Mahkamah Majistret Labuan, Pn. Haizah Tamin menetapkan ikat jamin RM 5000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 25 Julai ini, di Mahkamah Sesyen.

Tiada pengakuan direkodkan terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda dan sebat.