Dalam perkembangan berkaitan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), berkemungkinan akan dilaksanakan sekirannya trend kes positif COVID 19 meningkat di Labuan.

Dr. Ismuni berkata, peningkatan itu tidak boleh dibiarkan, berikutan berlakunnya penularan dalaman dengan wujudnya 2 kluster, di pulau ini.

Beliau berkata, lebih 3 ribu sampel masih menunggu keputusan saringan, dan daripada jumlah itu kebanyakkan merupakan sampel ulangan.

Oleh itu, kebarangkalian keputusan ujian itu positif adalah tinggi, terutama selepas mendapat ujian yang pertama selepas 7 hari.

Katanya, bagi mengekang penularan itu semakin meningkat, Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu diperketatkan, dengan pelaksanaan PKPB supaya pergerakan dapat dikawal.

 Di samping itu, Jabatan Kesihatan sentiasa meneliti kes-kes itu setiap hari, membabitkan kes yang berkemungkinan mempunyai risiko, serta membuat beberapa strategi untuk memastikan kepatuhan dan pengesanan awal kontak rapat.