Sementara itu, sejak 27 September hingga SEMALAM, seramai 15 ribu 371 individu telah masuk ke Labuan, melalui laluan udara dan laut.

Daripada jumlah itu, seramai 13 ribu 464 orang telah disaring.

Dr. Ismuni Bohari berkata, sebanyak 13 ribu 460 sampel telah diambil untuk menjalani ujian saringan kesihatan, berdasarkan dalam sistem makmal.

Katanya, daripada jumlah itu, 30 sampel didapati positif, manakala 3 ribu 776 sampel masih lagi menunggu keputusan.

Dalam pada itu, semalam, Labuan mencatatkan 2 kes sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 34 kes.

Selain itu, 25 kes masih dirawat di hospital Labuan, 24 kes dalam keadaan stabil, dan 1 kes lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan memerlukan alat bantuan pernafasan.