2 lagi kes positif direkodkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhannya sebanyak 59 kes, di Labuan.

Menurut kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes itu melibatkan Kluster Bah Bundle, dan saringan di pintu masuk terminal feri.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari menjelaskan, pertambahan kes di bawah Kluster Bah Bundle membabitkan seorang lelaki berumur 47 tahun, yang merupakan kenalan rapat kepada kes positif yang lain.

Manakala, 1 lagi pertambahan kes SEMALAM, membabitkan seorang kanak-kanak berumur 5 tahun, yang baru pulang bersama keluarga dari kawasan berisiko tinggi, di Sabah.

Beliau berkata, sebanyak 429 individu telah disaring di bawah kluaster Bah Bundle, manakala di bawah kluster bah bangat, seramai 803 individu telah disaring.