Sebanyak 10 kompaun telah dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang dilaksanakan di sekitar Labuan, HARI INI.

Ketua Polis Labuan, Superintenden Muhamad Farid Ahmad berkata, ia melibatkan kesalahan tidak memakai pelitup muka, premis perniagaan gagal menyediakan pengimbas suhu badan, dan tidak mempunyai aplikasi MySejahtera.

Jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak 10 ribu ringgit, yang perlu dijelaskan di Klinik Kesihatan Labuan, dalam tempoh yang telah diberikan.

Kegagalan untuk berbuat demikian akan didakwa di mahkamah.

Menurut beliau, operasi itu adalah tertakluk di bawah Akta 342 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit, dan selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatan untuk membudayakan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Sekaligus, memutuskan rantaian wabak COVID 19 yang kini menunjukkan peningkatan amat ketara dan membimbangkan, jika tidak dibendung.

Operasi disertai seramai 30 anggota terdiri daripada Penguatkuasa Perbadanan Labuan, Angkatan Tentera (ATM) dan Rela yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk membuat pemantauan di sekitar bandar.