Dalam perkembangan lain, seramai 3 ribu 276 individu masih menunggu keputusan sampel ujian saringan kesihatan COVID 19 di Labuan.

Dr. Ismuni memaklumkan menerusi segmen Roger-Roger LabuanFM pagi tadi, sebanyak 13 ribu 389 sampel ujian Tindak Balas Berantai Polimeras (PCR) telah di hantar ke 2 pusat makmal ujian di Kuala Lumpur.

Daripada jumlah itu, 9 ribu 673 sampel telah menerima keputusan ujian saringan, termasuklah kes positif yang direkodkan sehingga kini.

Tambah beliau, semalam seramai 711 penumpang yang masuk ke Labuan, dan secara kumulatif kemasukkan melalui laluan udara dan laut yang direkodkan seramai 14 ribu 994 orang.

Justeru, beliau menyeru mana-maa individu yang diarahkan untuk melakukan ujian saringan, haruslah memberikan kerjasama kepada pihaknya agar penularan wabak itu dapat diputuskan.