Dalam perkembangan sama, sebanyak 25 kes aktif yang mempunyai kebolehjangkitan sedang dirawat di Hospital Labuan.

Dr. Ismuni Bohari berkata, 14 kes itu melibatkan saringan di pintu masuk selepas pulang dari kawasan berisiko tinggi.

Manakala, 11 kes merupakan penularan dalaman yang membabitkan 2 kluster tersebut.

Ia termasuklah 2 kes dari Kluster Bah Bundle, 8 kes Kluster Bah Bangat dan 1 kes membabitkan sekitar kawasan bandar Labuan.

Tambah beliau, 24 kes itu berada dalam keadaan stabil, serta 1 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan menggunakan bantuan alat pernafasan.

Tambah beliau, Negeri Sabah memulakan penyekatan kemasukan dan keluar dari negeri itu, bermula HARI INI.

Oleh yang demikian, dengan penguatkuasaan arahan tersebut, pihaknya dapat mengekang kemasukkan kebarangkalian pembawaan wabak itu masuk ke pulau ini melalui laluan udara dan laut.

Sekaligus, pihaknya mampu dapat mengawal penularan wabak COVID-19 di persekitaran dalaman pulau ini, dengan jumlah kekuatan anggota kesihatan yang sedia ada.