Selaras Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan bermula 18 sehingga 31 Mac 2020, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah memaklumkan semua perkhidmatan bas mini diberhentikan sementara operasinya, berkuatkuasa HARI INI. Namun demikian, bas yang membawa pekerja industri minyak dan gas masih boleh beroperasi seperti biasa.

Menurut agensi itu, arahan berkenaan selaras dengan Akta 342, Aktar Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dam Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Dalam hal demikan, Pengerusi Persatuan Pemilik Bas Labuan, En. Asmadi Ahmad telah maklum mengenai perkara tersebut, setelah berhubung dengan LPKP Sabah. Katanya, sebarang perubahan arahan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.