Seramai 59 jemaah haji Labuan akan menunaikan rukun Islam kelima pada tahun ini.

Pengurus Tabung Haji Labuan, Pn. Masniah Bakar berkata, daripada jumlah tersebut, 29 adalah jemaah lelaki dan 30 jemaah wanita. Jemaah haji Labuan yang terpilih pada tahun ini, berumur dalam lingkungan 24 hingga 78 tahun.

Sementara itu, 4 jemaah haji akan melaporkan diri di Tabung Haji Kota Kinabalu pada 19 Julai ini, manakala 28 orang jemaah pula akan melapor diri pada 23 Julai. Seramai 27 jemaah haji yang lain pula akan melaporkan diri di Tabung Haji Sepang dan Pulau Pinang untuk terus menuju ke Jeddah ataupun Madinah.

Beliau turut memaklumkan semua bakal jemaah haji tersebut berada dalam keadaan sihat, namun turut menasihatkan agar menjaga kesihatan sepanjang berada di tanah suci.