Operator Pelabuhan Merdeka, Labuan Liberty Port Management (LLPM), menyambut baik inisiatif Majlis Niaga BIMP-EAGA (BEBC), yang dilihat bakal memanfaatkan pemain-pemain industri import dan eksport di kawasan ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Alias Abd Rahman berkata, perkhidmatan baharu itu dapat membantu meminimumkan kos lanjutan kadar yang kompetitif dan tempoh perjalanan yang optimum.

Tambahnya perkhidmatan itu juga akan menggalak pertumbuhan perdagangan di selatan filipina seterusnya meningkatkan aktiviti pelabuhan Labuan untuk mendapatkan barangan komoditi mereka.

Terdahulu, syarikat perkapalan berpangkalan di Davao, Filipina itu memulakan pelayaran pertamanya dari Ho Chi Minh Vietnam ke Labuan, seterusnya akan ke Muara Brunei Darussalam sebelum meneruskan pelayaran ke Kota Kinabalu.